Wanita OKU Ditinggalkan Dalam Pesawat Selama Satu Setengah Jam

Ekoran tiada seorang pun kakitangan datang bagi menghulurkan bantuan, seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) ditinggalkan di dalam pesawat di Lapangan Terbang Gatwick, London selama lebih satu jam 30 minit.

Bantuan tak kunjung tiba

Kejadian tersebut berlaku kepada seorang penerbit radio, Victoria Brignell yang lumpuh dari bahagian leher ke bawah ketika itu menaiki penerbangan pulang dari Malta, pada Sabtu.

Menerusi satu temu bual dalam rancangan Good Morning Britain, Victoria berkata, selepas mendarat, kakitangan syarikat tampil dan memaklumkan kepadanya bahawa ‘bantuan’ paling cepat akan tiba dalam masa 50 minit.

Saya menikmati percutian di Malta, dan pesawat kami mendarat di Gatwick.



Tidak lama selepas mendarat, salah seorang kakitangan syarikat penerbangan datang kepada saya dan meminta maaf kerana kakitangan lapangan terbang yang datang untuk menurunkan (saya) dari pesawat akan mengambil masa sekurang-kurangnya 50 minit lagi.

Kemudian masa berlalu dan saya diberitahu mereka akan mengambil masa setengah jam lagi, dan akhirnya saya terkandas selama satu jam 35 minit lagi.

Tegasnya, tanggungjawab mengeluarkannya dari pesawat sepatutnya adalah milik lapangan terbang, dan bukannya kakitangan syarikat penerbangan.

Sangat mengecewakan.



Saya tempah khidmat sokongan dua bulan lebih awal, bukannya mereka tidak menjangkakan kehadiran saya’

Bukan saya saja yang terkesan, pesawat juga tidak boleh berlepas sehingga saya keluar, jadi penerbangan seterusnya ditangguhkan selama satu setengah jam juga.

Susulan itu, pihak Lapangan Terbang Gatwick telahpun memohon maaf, dan memberi kenyataan bahawa punca insiden tersebut berlaku kini sedang disiasat.

Metro UK

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker