AKUI NIKAHI ‘DATUK’ 17 FEBRUARI 2019 – INI WAJAH SUAMI BARU ZIELA JALIL

Semua mengetahui mengenai isu yang sebelum ini hangat diperkatakan dimana pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil didakwa oleh netizen bahawa dia sudah pun mendirikan rumah tangga dengan lelaki bergelar ‘Datuk’ dan hidup bermadu.

Setelah ramai tertanya-tanya adakah betul dakwaan tersebut, terkini Ziela tampil mengakui sudah hampir dua tahun berkahwin. Kata Ziela, dia tiada niat untuk merahsiakan perkahwinan dan menyembunyikan status sebagai isteri kedua. Ujarnya, dia berbuat demikian kerana mahu menjaga hati banyak pihak dan menunggu masa sesuai untuk kongsikan kepada umum.

“Sebenarnya, saya sudah lama memasang niat berkongsi berita gembira kepada rakan media. Cuma, saya menanti masa yang sesuai untuk berbuat demikian. Sebagai isteri kedua, saya perlu menjaga hati banyak pihak terutama keluarga isteri pertama.

“Sejujurnya, saya terkejut dan sedikit ralat apabila gadis berkenaan terlebih dahulu mendedahkan perkara ini kepada umum menerusi Twitter. Pun begitu, saya bersikap positif dengan melihat tindakannya sebagai satu isyarat menandakan masa untuk saya berkongsi berita ini kepada umum sudah tiba.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Saya berpendapat tindakannya juga bermakna mereka sudah bersedia berdepan dengan pelbagai kemungkinan serta tanggapan masyarakat sebaik sahaja perkara inj menjadi tatapan umum,” katanya.

Pemilik syarikat produksi Pena Creative Pictures Sdn Bhd itu mengulas pendedahan yang dibuat oleh seorang gadis yang mendakwa Ziela adalah isteri kedua bapanya di Twitter sehingga mencetuskan perdebatan dan spekulasi dalam kalangan netizen.

Ziela menambah, dia turut bertanggungjawab untuk menceritakan perkara sebenar supaya segala spekulasi yang bertebaran mengenai isu itu dapat ditamatkan.

Image_3.jpg

“Kalau ikutkan suami, dia tidak mahu perkara ini dipanjangkan. Tetapi sebagai selebriti, saya percaya lambat laun orang akan tahu juga dan saya rasa bertanggungjawab untuk meletakkan titik noktah terhadap perkara ini. Justeru, saya perlu bersikap jujur untuk menjelaskan segala-galanya.

“Suami, Datuk Syed Osman Al Habshee adalah Pengerusi Masjid Ibnu Mas’ud. Kami bernikah pada 17 Februari 2019 selepas lima minggu berkenalan. Pada awalnya, saya cuba merahsiakan perkahwinan daripada keluarga termasuk anak-anak kerana tidak mahu melukakan hati mereka. Saya tak mahu mereka merasa seolah-olah saya sudah melupakan bapa mereka.

“Tetapi, saya sering tegaskan, tiada siapa yang mampu menggantikan tempat bapa mereka kerana dua lelaki ini adalah berbeza. Mungkin sudah tersurat jodoh saya dan satu ujian buat saya. Mungkin sebelum ini saya sering mengatakan yang tidak akan berkahwin lagi, namun siapalah saya untuk menidakkan ketentuan Ilahi,” ujarnya.

Image_4.jpg

Ditanya apakah yang membuatkan dirinya tertarik dengan lelaki berusia 54 tahun itu untuk dijadikan peneman hidup, Ziela atau nama sebenarnya, Norzila Abdul Jalil itu mengakui sifat terbuka Osman yang sanggup menerima dirinya yang masih belum mampu melupakan Allahyarham suami antara penyebab pintu hatinya yang terkunci sejak sekian lama itu terbuka kembali.

“Bukan mudah untuk saya buat keputusan kembali bergelar isteri. Jika ikutkan, saya boleh sahaja menamatkan zaman saya selepas kematian suami lebih sedekad lalu. Waktu itu usia saya lewat 30-an. Tetapi, saya lebih selesa hidup bersendirian.

“Bayangkan, selama sebelas tahun saya hidup bersendirian ditemani kenangan bersama arwah suami, sudah tentu agak sukar untuk saya memutuskan untuk berkahwin semula apatah lagi untuk menjalani kehidupan bermadu seperti sebelum ini.

“Saya tahu ramai yang menganggap saya mengahwininya kerana harta, itu tidak benar sama sekali. Dia orang biasa dan bukanlah hartawan. Saya tertarik dengannya kerana dia sering menjadi tempat untuk saya mengadu. Dia juga bersikap terbuka dan memahami walaupun tahu saya masih hidup dengan ditemani kenangan bersama bekas suami. Ini membuatkan saya yakin dialah calon yang tepat buat saya,” luah Ziela.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker