Intergriti Nazlan kini menjadi “National Embarrassment”

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

“National Embarrassment”, itu sahaja yang boleh digambarkan.

Nama Mohd Nazlan Ghazali kini menjadi sebutan bukan sahaja seluruh negara, malah ke seluruh dunia. Intergriti beliau sebagai sebahagian dari Institusi Kehakiman mula dipersoalkan bukan sahaja di media sosial malah di media arus perdana.

Sebuah stesen televisyen tempatan semalam menerbitkan berita mengenai intergriti Nazlan selaku Hakim dalam mengendalikan kes SRC. Stesen berkenaan merujuk kepada Tan Sri Shafee Abdullah yang mengeluarkan kenyataan mengenai perjalanan keseluruhan kes tersebut.

Raja Petra Kamarudin sebelum ini mendedahkan Nazlan menerima sejumlah wang dari Jho Low menerusi beberapa transaksi sebagai ‘bayaran perkhidmatan’. Nazlan juga didedahkan terlibat dengan penubuhan SRC semasa berkhidmat di Maybank. Penubuhan SRC dicadangkan oleh Maybank Investment Bank.

Ternyata berlaku ‘conflict of interest’ dalam hal membabitkan Nazlan dan penubuhan SRC. 

Beberapa percanggahan fakta telah turut dikemukakan oleh pasukan Peguambela bagi menangkis dakwaan terhadap Najib Razak. Menurut Shafee lagi, terdapat bukti yang perlu dikemukakan di Mahkamah tidak dapat dilakukan kerana mereka tidak dibenarkan berbuat demikian.

Kini semua mata tertumpu kepada Nazlan dan menanti adakah beliau akan menarik diri atau meneruskan Penghakiman dalam kes tersebut.

Ketua Hakim Negara, YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat belum memberi komen mengenai perkara tersebut.

Intergriti Nazlan Ghazali dihujung tanduk

 

One thought on “Intergriti Nazlan kini menjadi “National Embarrassment”

Leave a Reply