Shafie dan Muhyiddin, betul atau bohong?

Presiden WARISAN, Datuk Seri Shafie Apdal mendedahkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau mempunyai 119 sokongan Ahli Parlimen. Namun demikian, Muhyiddin menafikan angka tersebut.

Persoalannya antara Shafie dan Muhyiddin siapa yang betul dan siapa pula yang berbohong?

Bagaimanapun, Shafie masih berpegang kepada kenyataan awal sebelum penafian Muhyiddin berkenaan angka sokongan tersebut.

Muhyiddin menyatakan perjumpaan serta perbincangan dengan Pakatan Harapan adalah tidak rasmi. Tetapi dalam masa sama, tidak menolak untuk sebarang sokongan dari mana-mana pihak kepadanya.

‘JAJARAN BARU’ PPBM AKAN LEBIH EFEKTIF DI BAWAH ‘KHEMAH BESAR’?

Secara tiba-tiba, Ketua Penerangan PPBM, Wan Saiful pula mendedahkan Muhyiddin mendapat mandat untuk membentuk ‘jajaran baru’ bersama Pakatan Harapan dalam menghadapi PRU15.

Secara otomatik, dakwaan ‘jajaran baru’ yang cuba dibentuk oleh UMNO/BN dengan PH terbukti hanyalah tohmahan palsu. Sebenarnya, PPBM merupakan pihak yang cuba menjalin kembali ikatan bersama PH bagi menewaskan BN pada PRU15.

PPBM menyedari dengan gabungan bersama PAS dan Gerakan dalam Perikatan Nasional belum mampu mengatasi Pakatan Harapan serta Barisan Nasional. Oleh demikian, sebuah ‘khemah besar’ perlu dibentuk bagi menggabungkan mereka semua. 

MELAKA & JOHOR JADI KAYU PENGUKUR KELEMAHAN PERIKATAN NASIONAL

2 Pilihanraya Negeri membuktikan kelemahan Perikatan Nasional menjadi rujukan PPBM untuk memulakan langkah seterusnya bagi menjamin ‘nyawa politik’ mereka dapat diteruskan.

Siapa sangka, tiba-tiba ribut melanda PPBM apabila Zuraida Kamaruddin mengambil keputusan meninggalkan PPBM dan kini diangkat sebagai Presiden Pengganti dalam Parti Bangsa Malaysia.

PPBM harus ingat, jangan memandang rendah kemampuan Zuraida menarik sokongan bekas PKR dalam PPBM untuk menyertai PBM di masa depan. PPBM berdepan kemungkinan hilang lebih banyak kerusi dan sesuatu perlu dilakukan segera.

Oleh demikian, Muhyiddin perlu akan sokongan yang lebih kuat bagi memastikan beliau boleh menggantikan Ismail Sabri dalam masa terdekat, dan PH dilihat sebagai alternatif untuk Muhyiddin dapatkan angka 119.

Teori ‘khemah besar’ bakal direalisasikan dengan penggabungan PN dan PH, tetapi apa pendapat PAS yang meletakkan syarat tidak akan bekerjasama dengan DAP? Atau akan ada terma ‘Wal Halalku, Wal Harammu’ untuk memastikan kerjasama PN, PH berjaya dibentuk?

Mahathir kecewa, PEJUANG bakal dibubarkan?

 

 

 

 

One thought on “Shafie dan Muhyiddin, betul atau bohong?

Leave a Reply