Irfan Hakim ‘Tumbang’ Buat Cabaran Makan Pedas

Tindakan artis terkenal Indonesia, Irfan Hakim melakukan cabaran makan kerepek bersama sos pedas melampau yang dikenali sebagai One Chip Challenge memakan diri apabila dia jatuh pengsan selepas makan makanan pedas tersebut.

Sahut cabaran makan pedas

Ketika di awal video, kelihatan Irfan dan peserta yang lain bersemangat untuk melakukan cabaran dengan memakan kerepek pedas bersama sos pedas.



Selepas beberapa minit kemudian, pelakon terbabit bersama seorang pemuda lagi dilihat mula tidak boleh duduk diam kerana merasa kepedasan yang luar biasa. Dalam pada itu, Irfan turut merasa perutnya mula memulas serta bertukar menjadi panas selain peluh keluar dan jantung menjadi laju.

Bukan itu sahaja, dia turut muntah berkali-kali dan salah seorang kru yang terlibat juga dikatakan pengsan sehingga terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan. Walau bagaimanapun, selepas beberapa jam menerima rawatan, akhirnya mereka dibenarkan pulang.

One chip challenge

 



 

deHakims Story, tanboy kun

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button