Maguire terdesak kekal kedudukan selaku kapten United

LONDON: Pertahanan Manchester United, Harry Maguire bersedia berbincang dengan pengurus baharu Erik ten Hag mengenai peranannya sebagai kapten kelab itu.

Maguire bergelut dengan prestasi sejak perpindahan 80 juta pound (RM432 juta) dari Leicester pada 2019, sekali gus sering mendapat kritikan daripada peminat kelab dan negara.

Pertahanan England itu diejek oleh penyokong sendiri ketika Three Lions menentang Ivory Coast di Wembley pada Mac lalu,dan berdasarkan laporan The Mirror, pengurus dari Belanda berkenaan akan bercakap dengan Maguire menjelang era baharu di Old Trafford.

Dia beraksi di bawah kemampuan sebenar musim ini dan sering dipersalahkan ketika United menamatkan musim dengan mata terendah dalam Liga Perdana Inggeris.



The Red Devils menamatkan kempen di tangga keenam, gagal mara ke Liga Juara-juara dengan ketinggalan 13 mata, sekali gus membawa ke pelantikan Ten Hag untuk mengubah nasib mereka.

Magurie bagaimanapun belum bertemu Ten Hag kerana ketika ini bersama England dalam tugas antarabangsa termasuk beraksi 90 minit ketika seri 0-0 menentang Itali dalam ulangan final Euro 2020 pada aksi Liga Negara-Negara UEFA semalam.

Ten Hag akan mengumpul skuadnya pada 27 Jun ini untuk memulakan pramusim, tetapi dengan pemain antarabangsa diberikan rehat tambahan, bermakna Maguire akan bertemu bos baharu itu pada bulan depan untuk membincangkan peranannya dengan dia terdesak untuk mengekalkan kedudukan selaku kapten pasukan.

Dia hanya dilantik sebagai kapten sejak Januari 2020, hanya lima bulan selepas menjadi pemain pertahanan termahal sepanjang zaman ketika menyertai kelab itu dari Leicester.



Walaupun kedudukan pemain berusia 29 tahun itu diragui, Ten Hag memuji pertahanan itu dalam sidang akhbar memperkenalkan dirinya dengan berkata: ‘Saya perlu mengulangi, musim depan adalah musim yang berbeza. Saya fikir dia (Maguire) melakukan kerja yang hebat, dia adalah pemain yang hebat.

“Dia sudah mencapai banyak kejayaan. Sumbangan yang sangat baik kepada Manchester United, jadi saya tidak sabar untuk bekerja dengannya,” katanya.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker