Malaysia dan Arab Saudi tingkatkan kerjasama dua hala

Kuala Lumpur: Malaysia dan Arab Saudi bersetuju meningkatkan lagi tahap kerjasama dua hala dengan menubuhkan Majlis Koordinasi Arab Saudi-Malaysia (SMCC), demikian menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, perkara itu merupakan antara isu yang dibincangkan semasa menerima kunjungan hormat Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan di Perdana Putra, Putrajaya, Rabu lalu.

Menerusi catatan di laman Facebook rasmi hari ini, Ismail Sabri berkata, selain itu, usaha untuk mengaktifkan semula inisiatif penubuhan Majlis Perniagaan Arab Saudi-Malaysia dalam masa terdekat serta isu-isu lain seperti kuota haji, pendidikan dan pelancongan turut dibincangkan dalam pertemuan itu.

“Malaysia akan terus mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan ekonomi melibatkan perdagangan serta pelaburan dengan Arab Saudi,” menurut catatan itu.



Putera Faisal yang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula 7 Jun lalu turut menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker