Mayat terbaring bawah jejantas

Ampang: Wanita warga asing ditemukan mati di bawah jejantas berhampiran sebuah pusat beli-belah di Taman Melawati, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis menerima panggilan kejadian pada 2.15 petang.

Menurutnya, sepasukan polis ke lokasi dan melihat wanita berusia 43 tahun dalam keadaan terbaring di tepi tangga bawah jejantas.

“Hasil pemeriksaan mendapati beg pinggang milik wanita itu ada bersama yang mengandungi dokumen dan pasport serta pelbagai jenis ubat.



“Pihak perubatan dari Hospital Ampang tiba di lokasi dan mengesahkan kematian wanita itu. Pemeriksaan pada tubuh badannya tidak menemui sebarang kecederaan berunsur jenayah,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Unit Forensik hospital sama dan proses bedah siasat dijangka dijalankan 8 pagi esok.

Katanya, setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker