Padah berasmara di balkoni

Hong Kong: Polis berjaya menahan seorang wanita yang berasmara bersama pasangannya di balkoni sebuah flat selepas video mereka tersebar luas.

Polis mengesahkan, wanita berusia 36 tahun itu ditahan oleh pegawai dari unit siasatan jenayah Sau Mau Ping di luar bangunan kediaman Jalan Muk Tai berhampiran stesen MTR Kai Tak, Selasa lalu.

Katanya, suspek ditahan kerana disyaki melanggar kesopanan awam yang membawa kepada hukuman penjara sehingga tujuh tahun.



Polis mula menyiasat kes itu selepas menemui video yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki dan seorang wanita melakukan kelakuan tidak senonoh di balkoni sebuah flat di bangunan Jalan Muk Tai.

Wanita itu dibebaskan dengan ikat jaminan dan dikehendaki melaporkan kepada polis bulan depan.

Polis masih kini masih menjalankan siasatan dan giat mencari pasangan wanita itu.

Sementara itu, seorang peguam, Albert Luk Wai-hung berkata, kesalahan tidak senonoh di khalayak ramai di bawah Ordinan Jenayah adalah lebih sesuai untuk kes ini daripada kesalahan kesopanan awam yang memalukan.



Katanya, di bawah bawah ordinan itu, seseorang yang tanpa kebenaran atau alasan yang sah, di mana-mana tempat awam atau menunjukkan kepada orang ramai secara tidak senonoh dengan mendedahkan mana-mana bahagian anggota badannya boleh dihukum penjara sehingga enam bulan dan denda 1,000 dolar Hong Kong (kira-kira RM560.79).

“Balkoni disifatkan sebagai kawasan persendirian, tetapi melakukan hubungan seks dan mendedahkan tubuh mereka secara tidak senonoh di situ jelas dilihat oleh orang ramai.

“Perbuatan mereka melanggar undang-undang.

“Mereka yang menyiarkan video itu dalam talian juga boleh didakwa kerana menerbitkan artikel lucah di bawah Ordinan Kawalan Perkara Lucah dan Tidak Senonoh yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda 1 juta Dolar Hong Kong (RM560,786),” katanya dalam portal Asia One.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button