Pasangan suami isteri terperangkap jeti runtuh

Pulau Pangkor :  Pasangan suami isteri terperangkap di hujung jeti apabila hendak memancing selepas jeti runtuh di Teluk Ketapang, Pangkor, semalam.
Petugas Bilik Kawalan menerima aduan dari orang awam dan Bomba digerakkan ke lokasi. Sebaik tiba di lokasi, Bomba mendapati pasangan suami isteri berkenaan terperangkap di hujung jeti apabila hendak memancing.
Jurucakap Bomba bwrkata, ketika itu air laut telah surut. Anggota kemudiannya melancarkan operasi menyelamat pasangan itu menggunakan tangga sebelum air laut pasang.

Leave a Reply