Pemansuhan hukuman mati mandatori: Tinjauan awam akan diadakan

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengadakan tinjauan awam dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan berhubung pemansuhan hukuman mati mandatori.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata tindakan itu akan dilaksanakan sebelum usul pindaan berkait pemansuhan hukuman berkenaan dibentangkan di Parlimen pada Oktober depan.

“Kita akan membuat tinjauan awam sebelum pindaan itu dibentangkan di Parlimen. Kita akan menerima maklum balas sebagaimana kita lakukan berhubung undang-undang antilompat parti yang mendapat maklum balas sekitar 7,600 responden.

“Kalau berlaku tentangan (bilangan yang menolak lebih tinggi), kita akan membawa kembali pindaan kepada Jemaah Menteri untuk dibuat keputusan selanjutnya.

“Mengenai pindaan ini, saya yakin Jabatan Peguam Negara sudah bersedia dengan pembentangan bacaan kali pertama pada Oktober depan. Saya cukup yakin bahawa tiada halangan di Dewan Rakyat dan seterusnya Dewan Negara pada Disember depan. Malah, Yang di-Pertuan Agong sangat peka dengan persoalan ini,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul

BHOnline

Leave a Reply