Portugal tumbang dalam 57 saat

GENEVA: Jaringan penyerang Haris Seferovic memberikan Switzerland kemenangan 1-0 mengatasi Portugal sekali gus membolehkan skuad kendalian Murat Yakin meraih kemenangan pertama dalam aksi Liga Negara-Negara tahun ini.

Switzerland mendahului hanya selepas 57 saat berdepan Portugal yang bermain tanpa Cristiano Ronaldo apabila Seferovic meledak hasil hantaran Silvan Widmer.

Kapten Portugal, Pepe membuat penampilan antarabangsa ke-128 namun mereka tidak bernasib baik apabila penjaga gol Switzerland, Jonas Omlin menyelamatkan percubaan Danilo dan Bernardo Silva.

“Kami tidak boleh melepaskan gol selepas 30 saat permainan. Ia kesilapan kami,” kata jurulatih Portugal, Fernando Santos.

“Kami kurang agresif. Kami lebih suka terus berada di persada kumpulan, tetapi saya sentiasa katakan perlawanan penting ialah menentang Sepanyol.”

Kemenangan meningkatkan semangat Switzerland yang hadir ke perlawanan itu selepas tewas tiga perlawanan awal.

Skuad kendalian Santos yang sebelum ini masih belum tewas, beraksi tanpa Cristiano Ronaldo, Joao Moutinho dan Raphael Guerreiro yang tidak bersama skuad.

Agensi

Leave a Reply