Sepanyol terus mengganas

PARIS: Sepanyol memenangi perlawanan kedua berturut-turut Liga Juara-Juara UEFA awal pagi tadi selepas mengatasi Republik Czech 2-0.

Sepanyol berada di depan dekat Malaga selepas 24 minit apabila hantaran tepat Marco Asensio memberikan peluang buat Carlos Soler meledak.

Pablo Sarabia menambah gol kedua pada minit ke-75 apabila Sepanyol jelas lebih baik berbanding Republik Czech ketika mereka seri 2-2 di Prague minggu lalu.



Walaupun menang, Sepanyol perlu berterima kasih kepada usaha menyelamat penjaga gol Athletic Bilbao, Unai Simon.

Dia menepis percubaan minit ke-18 Vaclav Cerny dan dua minit selepas itu menafikan sepakan Jan Kuchta.

“Saya harap akan kembali ke aksi antarabangsa berikutnya dan ke Piala Dunia,” kata Soler.

“Tapi ketika ini saya hanya memikirkan mengenai percutian. Ia musim yang amat mencabar yang bermula dengan Olimpik Tokyo. Saya sudah merealisasikan banyak impian tapi saya harap lebih banyak akan menjadi kenyataan.”



Sepanyol kekal selaku pendahulu Kumpulan 2 Liga A dengan lapan mata daripada empat perlawanan manakala Portugal satu mata di belakang.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button