“Sudah pasti saya boleh jadi Perdana Menteri” – Anwar

Anwar Ibrahim

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau sudah pasti boleh jadi Perdana Menteri sekiranya berkompromi dengan prinsip politiknya.

Anwar berkata demikian semasa membidas Tommy Thomas yang mengkritik beliau dalam satu wawancara sebuah akhbar.

Sebelum ini, dalam wawancara bersama sebuah akhbar harian berbahasa Cina, Tommy dilaporkan meminta Anwar bermuhasabah dan melihat kembali mengapa beliau masih gagal menjadi Perdana Menteri sehingga kini.

Anwar turut mengungkit penulisan bekas Peguam Negara di dalam buku yang menurutnya bersifat perkauman serta merendahkan maruah penjawat awam.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan Tommy untuk ‘mencermin muka’ sendiri sebelum mengkritik mana-mana individu. Mengingatkan bagaimana Tommy mengendalikan kes termasuk kes bunuh.

Sepatutnya, Anwar boleh mempersoalkan campurtangan Tommy Thomas dalam kes melibatkan pemimpin Pakatan Harapan yang secara tiba-tiba digugurkan selepas PH memerintah. Mengapa perkara tersebut boleh berlaku jika tiada sebarang kompromi dicapai antara dua pihak?

Ini sebenarnya persoalan besar yang perlu Anwar sentuh jika mahu menggambarkan diri beliau sebagai seorang individu yang berpegang kepada prinsip politik.

Malah, Anwar sewajarnya mendesak Tommy menjelaskan atas pertimbangan apa beliau menggugurkan kes melibatkan beberapa pemimpin DAP. 

Baca – TOMMY THOMAS DILANTIK PEGUAM NEGARA

Bagaimanapun, Anwar sudah pasti tidak akan berani mendesak Tommy berbuat demikian demi menjaga kepentingan politik dan hubungan dalam Pakatan Harapan.

Bermakna, alasan Anwar berkait prinsip politik hanyalah retorik untuk tampil dengan imej mengagumkan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker