17 lelaki ‘bertempur’ di hadapan pusat hiburan ditahan

Sandakan: Seramai 17 lelaki yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan di hadapan pusat hiburan di Bandar Utama, Batu Enam, di sini, ditahan polis.

Semua individu berusia antara 19 hingga 40 tahun itu ditahan selepas video pergaduhan itu tular di media sosial sejak kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, susulan video tular itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan menahan individu dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan.

Menurutnya, semua suspek ditahan di beberapa kawasan berasingan di daerah berkenaan.



“Hasil siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku pada 11.30 malam Sabtu lalu di hadapan sebuah pusat hiburan.

“Semua individu berkenaan masih ditahan reman untuk membantu siasatan dan punca pergaduhan masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamizi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kelmarin, tular dua video masing-masing berdurasi 20 dan 26 saat memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki di hadapan pusat hiburan di sini.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker