Dua lelaki Singapura kencing tepi jalan dicari

Iskandar Puteri: Dua lelaki dicari kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dengan membuang air kecil di bawah pokok berhampiran Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Tanjung Kupang, di sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, berdasarkan gambar yang tular di media sosial kejadian jam 11.11 pagi kelmarin.

Katanya, semakan mendapati kejadian berlaku di laluan masuk kenderaan ringan dari Singapura ke Malaysia.

“Pada waktu itu adalah waktu berlakunya kesesakan aliran lalu-lintas kenderaan dari Singapura ke Malaysia.

“Jarak dari tempat yang ditularkan ke tandas awam berdekatan adalah lebih kurang satu kilometer, yang mana sekiranya pemilik kenderaan meninggalkan kenderaan di bahu jalan dan berjalan kaki ke tandas awam akan menyebabkan kesesakan bertambah teruk,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Rahmat berkata, pelaku sedang dikesan untuk diambil keterangan.

“Perbuatan itu adalah berkelakuan tidak senonoh di tempat awam mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100.

“Pemantauan akan dibuat agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi,” katanya.

Gambar tular di Facebook itu memaparkan dua individu membuang air kecil di bawah pokok di lokasi berhampiran KSAB.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker