Graduan Unisel ‘Bersilat’ Ambil Skrol Atas Pentas

Siapa je tak gembira semasa hari Konvokesyen kan? Haa, baru-baru ni tular di media sosial, netizen teruja melihat sebuah video yang memaparkan graduan dari Universiti Selangor (Unisel) membuka silat semasa ambil skrol di atas pentas.

Video tersebut telah dikongsikan di TikTok Teacher Hadi, korang dapat tengok sendiri graduan yang bernama Haiqal dengan beraninya membuka langkah silat di hadapan Naib Canselor selama beberapa minit di atas pentas.

Persembahan itu dapat disaksikan oleh semua tetamu kehormat, termasuk barisan ibu bapa dan penjaga yang hadir pada hari yang penuh bermakna buat para graduan di Unisel.

Bukan je pelajar tersebut yang sporting, tapi Naib Canselor pun sama sebab beliau ikut menjunjung sijil graduan sambil memberikan senyuman yang lebar buat para tetamu yang hadir. Memang best lah!

Netizen yang menonton video itu pun semuanya berasa bangga dengan aksi yang ditunjukkan oleh Haiqal.

Nasib baik Canselor tak naik sheikh

 

 

@swimiss.academy Naik Syeikh baiii.. ha ha ha #uniselawesome #uniseltiktokchallenge2022 ♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir

 

 

TikTok Teacher Hadi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker