Harga emas terendah dalam empat minggu

BENGALURU: Harga emas berlegar menghampiri paras terendah dalam empat minggu apabila kekuatan dolar Amerika Syarikat (AS) membatasi permintaan terhadap aset selamat itu, berpunca daripada kebimbangan kelembapan ekonomi di tengah-tengah prospek dasar monetari akan diperketatkan dengan agresif.

Harga spot emas meningkat 0.3 peratus pada AS$1,823.69 seauns selepas jatuh ke paras terendah sejak 19 Mei lalu pada AS$1,810.90 dalam sesi dagangan awal.

Niaga hadapan emas AS jatuh 0.4 peratus kepada AS$1,825.20.

Emas dan palladium mengalami penurunan mendadak apabila dolar meningkat dengan jangkaan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS akan dinaikkan dengan ketara, sekali gus menjejaskan daya tarikan emas dan logam berharga lain.



Dolar masih lagi dilihat menjadi pilihan utama aset selamat, berada hampir ke paras tertinggi dalam tempoh dua dekad dan menarik keluar pelabur daripada pasaran emas yang ditetapkan pada harga mata wang AS itu.

Pasaran saham Asia merudum selepas Wall Street secara rasmi memasuki kawasan pasaran penurunan dan pulangan bon mencecah paras tertinggi dalam dua dekad berikutan kebimbangan bahawa kenaikan kadar faedah yang agresif di AS akan menyebabkan ekonomi terbesar dunia itu terjerumus kepada kemelesetan.

Kadar faedah dan pulangan bon jangka pendek AS yang lebih tinggi meningkatkan kos peluang untuk memegang emas, yang tidak menanggung faedah.

Sementara itu, harga spot perak jatuh 0.9 peratus kepada AS$21.68 seauns, platinum susut 0.6 peratus kepada AS$967.67 dan palladium turun 1.3 peratus kepada AS$1,909.49.



Reuters

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker