Harimau Malaya perlu menang untuk layak

Kuala Lumpur: Peluang skuad Harimau Malaya untuk menamatkan badi 42 tahun layak secara merit ke Piala Asia tahun depan semakin cerah dengan anak buahnya Kim Pan-gon hanya memerlukan kemenangan tipis 1-0 ke atas Bangladesh malam ini.

Ia selepas pesaing terdekat daripada Kumpulan B iaitu Filipina tewas besar 4-0 kepada Palestin untuk mengumpul empat mata.

Jika skuad negara menang dalam aksi terakhir Kumpulan E di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini dengan hanya 1-0, Malaysia akan meraih salah satu daripada lima slot naib juara terbaik.

Malah, keputusan seri juga dilihat memadai buat kem negara memungut empat mata namun dibezakan jumlah jaringan yang lebih berbanding Filipina.

Peraturan ‘head to head’ di peringkat kumpulan juga akan diambil jika Turkmenistan menang ke atas Bahrain di mana, skuad Harimau Malaya sebelum ini berjaya membenam Turkmenistan 3-1 dalam aksi pertama sebelum tewas 1-2 kepada Bahrain.

Begitupun, kemenangan seharusnya menjadi keutamaan bagi mengesahkan tiket ke Piala Asia selepas kali terakhir pasukan negara layak adalah pada 1980, biarpun pada 2007 kita turut pernah beraksi namun itu atas slot selaku tuan rumah bersama Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Kini segalanya terpulang di tangan pemain negara kendalian Pan-gon untuk menamatkan badi itu.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker