Jadual EPL bocor

LONDON: Menjelang jadual Liga Perdana Inggeris (EPL) yang akan dikeluarkan Khamis ini bagi musim 2022-23, ia tampaknya sudah ‘bocor’ dalam talian.

Dan ia dilihat memberikan berita kurang baik buat penyokong Manchester United, Arsenal dan Chelsea.

Satu imej muncul di Twitter yang memaparkan lapan perlawanan awal musim depan.

Pada hari pembukaan yang dijadualkan pada 6 Ogos, ia menampilkan ujian penuh muslihat buat ‘Enam Pasukan Besar’ dalam jadual didedahkan itu.

Erik ten Hag yang akan mengendalikan aksi kompetitif pertamanya bersama United didakwa akan berkunjung ke Wolves dengan skuad Bruno Lage dilihat mahu meneruskan kesinambungan musim lalu ketika mereka menamatkan kempen di kedudukan ke-10 dan cuba mara ke Eropah.

Namun perlawanan tumpuan ialah Liverpool akan berkunjung ke pasukan kaya, Newcastle, yang pastinya akan menambah kekuatan selepas satu lagi fasa perpindahan yang sibuk di Tyneside.

Selain itu, Arsenal dan Chelsea juga akan berkunjung ke selatan menurut dokumen yang bocor itu.

Gunners akan berdepan Brighton, yang masih segar selepas berada di tempat kesembilan kempen musim lalu manakala Blues akan beraksi di St. Mary’s menetang Southampton.

Sebagai ulangan final dramatik musim lalu yang memberikan Manchester City gelaran liga, skuad kendalian Pep Guardiola akan menanti kehadiran pasukan dipimpin Steven Gerrard, Aston Villa di Etihad.

Bagaimanapun EPL sendiri tampak memberi bayangan bahawa City akan berdepan pasukan baharu naik taraf, Bournemouth.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker