TIADA RUNDINGAN SEPERTI DIDAKWA WAKIL PENCEROBOH TANAH HARAM RAUB

TIADA RUNDINGAN SEPERTI DI DAKWA

Isu penceroboh haram di Raub telah menarik perhatian semua pihak. Bagaimanapun ada manipulasi tertentu dimainkan dalam laporan pihak tertentu.

Semalam satu himpunan membantah pencerobohan tanah haram telah diadakan di perkarangan Rumah Rehat Raub. Kehadiran orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan isu tersebut turut dihadiri Veteran PDRM dan ATM yang pernah bertugas di Sg Ruan dan Sg Chalit. 2 kawasan ini dikatakan menjadi antara kawasan penceroboh tanah haram terokai bagi menanam durian Musang King.

Dalam himpunan itu turut mengecam tindakan seorang ADUN dari DAP yang memfailkan saman terhadap kerajaan negeri kerana mewajibkan penggunaan tulisan jawi di papan tanda premis seluruh Pahang.

Menurut 2 laporan yang dikeluarkan oleh media yang mengelirukan pembaca amat bertentangan dengan kenyataan oleh Pentadbir Tanah Raub pada 3 September 2020. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, 2 laporan awal kononnya ada rundingan dan situasi menang-menang antara Pejabat Tanah Raub dan wakil penceroboh tanah haram sebenarnya tidak wujud. Persoalannya siapa yang memanipulasi berita itu? Adakah media terbabit atau wakil penceroboh cuba memutarbelit laporan sebenar?

Kerajaan Negeri menerusi YAB Menteri Besar Pahang dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan bertegas tidak akan berkompromi dengan pencerobohan tanah haram ini. Dalam pada itu di himpunan semalam NGO terbabit turut mendesak agar Dato Sri Wan Rosdy tidak tunduk kepada tekanan dari mana-mana pihak terutama pihak yang cuba menangguk di air keruh dalam isu di Raub. Mereka turut menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi kepada Wan Rosdy atas tindakan yang beliau lakukan bagi menangani isu tersebut.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker