Pertukaran lima pemain gantian akan digunakan

DOHA: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkata lima pemain gantian akan diperkenalkan secara tetap untuk perlawanan tahap tinggi dan pengesan separa automatik ofsaid semakin hampir digunakan pada Piala Dunia tahun ini.

Presiden FIFA, Gianni Infantino berkata perubahan itu bagi memastikan lebih ramai pemain gantian yang pertama kali dibenarkan pada 2020 kerana pandemik COVID-19, disusuli ‘sokongan kuat daripada keseluruhan komuniti bola sepak’.

Menurutnya, mesyuarat tahunan Majlis Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB) yang akan menentukan sama ada teknologi mengesan ofsaid akan digunakan untuk Piala Dunia bermula 21 November nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FIFA, Pierluigi Collina berkata dia “yakin” sistem berkenaan akan diperkenalkan tepat pada masanya bagi aksi 32 negara itu.

Ujian sudah dijalankan pada Piala Arab FIFA tahun lalu dan Piala Dunia Kelab tahun ini.

Sistem berkenaan memantau mata data pemain yang kemudiannya mencipta model boleh dilihat di tepi padang oleh pengadil.

“Setakat ini kami berpuas hati dan pakar kami akan melihat perkara berkenaan sebelum membuat keputusan sama ada ia akan digunakan pada Piala Dunia,” kata Infantino.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker