‘Saya Boleh Bertaubat Bila Tiba Masanya’ – Isteri Caprice

Baru-baru ini, penyanyi rap Caprice mendedahkan isterinya, Farra Inalis terkena buatan orang iaitu sihir sejak mereka berkahwin.

Namun, tindakan Farra yang berjoget sakan di TikTok menimbulkan rasa sangsi dalam kalangan netizen.

Sampai kiamat pun tak mampu

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Farra menyatakan dia tidak berdaya untuk memuaskan hati semua orang. Kata Farra, individu yang sentiasa menulis perkara negatif ini sebenarnya mempunyai penyakit hati.

Nak puaskan hati manusia? Sampai kiamat pun memang tak mampu. Kenapa saya nak melenting kalau orang caci maki sedangkan mereka memberi manfaat pada saya tanpa mereka sedar.

Sanggup komen macam-macam untuk puaskan hati sendiri walaupun tak pernah kenal. Inilah dinamakan manusia yang ada penyakit hati.

Tak berhak hukum

Tambah Farra atau nama sebenarnya Farra Inalis Hussni, urusan dosa pahala bukan dengan manusia tetapi Allah SWT. Tegasnya, dia akan bertaubat apabila tepat pada waktunya.

Walaupun free hair (tak bertudung), tak bermakna saya jahat. Saya berdosa urusan dengan Allah. Saya boleh bertaubat bila tiba masanya.

Saya dengan suami, itu urusan antara kami dan tak perlu nak tolong ingatkan saya, ‘kasihan suami tanggung dosa’.

Hello, dia (Caprice) tahu dengan siapa dia berkahwin. Kalian sesama manusia tak berhak nak menghukum, pilihan masing-masing.

Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini menyifatkan individu yang rancak mengkritik hanya dahagakan perhatian atau sekadar ingin meraih populariti.

Semua komen negatif saya anggap, mungkin mak cik dan pak cik ‘bawang’ dahagakan perhatian atau nak tumpang glamor di ruangan komen, biarkanlah.

Mungkin dengan menabur fitnah dan menghina orang boleh buat mereka rasa bahagia.

Sekadar info, Caprice berkahwin dengan Farra Inalis atau disapa Elis yang berasal dari Kelantan pertengahan November tahun lalu secara senyap-senyap tanpa sebarang hebahan media.

Elis merupakan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan, Aleesya Sofia.

@farra_inalis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker