Tun Arshad Ayub meninggal dunia

Kuala Lumpur: Tokoh pendidikan negara, Tun Arshad Ayub meninggal dunia jam 2.06 pagi tadi.

Perkara itu disahkan keluarga Allahyarham menerusi satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, jenazah Allahyarham masih berada di hospital.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sejak Selasa lalu kerana masalah kesihatan.

Arshad, 93, adalah pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) sejak tahun 1967 sehingga 1975.

Beliau pencetus idea kepada perkembangan pendidikan di ITM yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM).

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker