Bagi sampul kosong masa majlis kahwin tolak hutang

Gara-gara rakan tidak membayar hutang, seorang wanita nekad memberi sampul ‘kosong’ di majlis perkahwinan rakannya itu. Bukan itu sahaja, dia juga sempat menyelit satu nota ringkas ke dalam sampul tersebut.

Bagi sampul kosong, tolak hutang

Menurut wanita ini yang dikenali dengan nama Yayah Nurhayati, dia terpaksa berbuat demikian semata-mata mahu menagih hutang berjumlah RM150 daripada rakannya.

Maka dengan ini, anggap sahajalah sekarang dengan pemberian kosong di majlis perkahwinan anda, hutang sudah lunas dan selamat berbahagia.

Difahamkankan, rakannya (pengantin) meminjam wang daripadanya pada 2020 dan berjanji akan membayar semula apabila mendapat gaji tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila si penghutang langsung tidak membayar semula dan hanya mendiamkan diri selama dua tahun.

Maaf ya hanya berikan sampul kosong di majlis perkahwinan anda. Namun jika difikirkan semula, anda berhutang dengan saya sebanyak 500,000 rupiah (RM150) sejak dua tahun lalu.

Cara ini sebagai pengajaran dan juga peringatan buat mereka yang berhutang untuk membayar apabila sudah mampu. Jika dia boleh mengadakan majlis perkahwinan, pasti dia mempunyai wang untuk membayar hutang saya sebenarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Nurhayati dan mereka juga mengaggap ini adalah salah satu cara paling ‘sesuai’ untuk menagih hutang.

Video

 

 

@yayahnurhayati537♬ suara asli – MonTheaa

 

Yayah Nurhayati

Leave a Reply