Costa Rica ambil slot terakhir ke Piala Dunia

DOHA: Costa Rica menjadi negara terakhir layak ke Piala Dunia tahun ini ketika gol awal Joel Campbell memberikan pasukan Amerika Tengah itu kemenangan tipis 1-0 mengatasi New Zealand pada playoff awal pagi tadi.

Bekas penyerang Arsenal, Campbell meledak pada minit ketiga di Doha dan New Zealand, yang bermain 10 orang pada babak kedua, tidak mampu mencari gol penyamaan walaupun mendominasi pada sebahagian besar aksi.

Costa Rica akan berdepan Jerman, Sepanyol dan Jepun pada saingan sengit Kumpulan E pada kejohanan yang akan bermula di Qatar November ini.

Kemenangan meletakkan Costa Rica ke Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut selain enam secara keseluruhan.



Pencapaian terbaik mereka setakat ini ialah kejutan ke suku akhir pada 2014.

Jiran New Zealand, Australia mengambil tempat ke-31 dalam kelayakan di stadium yang sama semalam apabila mengatasi Peru 5-4 menerusi penalti.

Piala Dunia pertama di negara Arab itu akan berlangsung di Qatar pada 21 November dengan aksi final dijadualkan pada 18 Disember.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker