Gembira dan sedih Harimau Malaya dihati

Kuala Lumpur: Gembira dan sedih.

Perasaan bercampur baur penyokong setia Harimau Malaya dapat disaksikan pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini, apabila mereka tidak berganjak dari tempat duduk walaupun perlawanan sudah tamat lebih setengah jam.

Rata-rata masih menunggu pemain Harimau Malaya di dalam stadium bagi meraikan hari bersejarah buat bola sepak negara apabila layak ke pentas Piala Asia 2023.



Segala penat lelah dan pengorbanan penyokong Harimau Malaya boleh dikatakan terbayar apabila skuad kendalian Kim Pan-gon mempamerkan aksi cemerlang menewaskan Bangladesh 4-1.

Nyanyian daripada Ultras Malaya atau digelar ‘ekor harimau’ menggamatkan SNBJ dengan masing-masing memberikan tepukan gemuruh kepada pemain yang mempamerkan kesungguhan untuk memenangi perlawanan.

Kesetiaan penyokong Harimau Malaya tidak boleh diragui lagi kerana mereka tetap tampil ke stadium memberikan sokongan walaupun hari ini bukanlah cuti hujung minggu atau umum.



Kemenangan diraih ini boleh dikatakan antara hadiah paling bermakna buat penyokong bola sepak tanah air yang mahukan Malaysia beraksi di pentas tertinggi iaitu Piala Asia.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button