Kor Ming perlu ingat manifesto PH sebelum buka mulut

 

Ahli Parlimen Teluk Intan, David Nga Kor Ming perlu ingat kandungan manifesto PH semasa PRU14 sebelum membuka mulutnya.



Dalam satu suntingan video, Kor Ming membandingkan negara India dan Malaysia. Beliau cuba meberi gambaran, India hanya ada Taj Mahal tetapi di Malaysia segalanya mahal termasuk tol.

Mengimbau semula kempen Pakatan Harapan terutama DAP, penghapusan bayaran tol merupakan antara agenda yang sering dilaungkan DAP. Malah, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP ketika itu pernah berjanji akan menghapuskan bayaran tol sekiranya PH menang PRU14.

Belum lagi menyentuh janji PH untuk menurunkan harga bahan bakar, penghapusan bayaran balik PTPTN serta banyak lagi penipuan yang terkandung dalam manifesto mereka.

Mana maruah Nga Kor Ming bila cuba membandingkan Malaysia dengan India? Sudahlah semangat patriotisme tidak jelas dalam kalangan DAP, Kor Ming pula menggambarkan Malaysia menekan rakyat dengan harga keperluan yang tinggi.



Ini sesuatu yang memalukan dan sukar untuk diterima. Sebagai bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Kor Ming sewajarnya berfikir dahulu sebelum bercakap demi kepentingan politik DAP yang konon sangat prihatin dengan rakyat Malaysia.

Semua rakyat tahu, sebaik sahaja mendapat kuasa di Putrajaya, DAP umpama ‘tikus jatuh ke kepok beras’ bila Guan Eng dilantik sebagai Menteri Kewangan. Tol mana yang dihapuskan DAP? Harga bahan bakar? Jangan lupa sewaktu PH memerintah, harga barang keperluan terus melambung dengan pengenalan SST.

Ulangtahun ‘Black905’ hasil penipuan PH

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button