MBK sedia tambah anggota Unit Rondaan Berbasikal

KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bersedia menambah anggota Unit Rondaan Berbasikal sekiranya keadaan memerlukan.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal, berkata berdasarkan keperluan, unit berkenaan dianggotai lima penguat kuasa MBK setakat ini.

Katanya, kawasan tumpuan unit itu menjalankan tugasan ialah di Taman Esplanade, Esplanade Tanjung Api, Menara 188 Kuantan dan Kuantan Art Street.

“Unit itu baharu ditubuhkan 12 Jun lalu sebagai alternatif untuk melaksanakan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan sekitar bandar raya ini.



“Penubuhan unit ini juga dapat meningkatkan produktiviti anggota penguat kuasa MBK melalui amalan gaya hidup sihat dan seimbang serta lebih mesra rakyat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Norkamawati berkata, unit berkenaan akan menjalankan tugasan rondaan bermula 8 pagi hingga 5 petang setiap Ahad.

Katanya, setakat ini, lima anggota berkenaan bertugas hanya pada Ahad.

“Mereka bukan sahaja melakukan pemantauan, malah mempunyai kuasa mengeluarkan kompaun terhadap individu yang didapati melakukan kesalahan di empat kawasan terbabit.



“Oleh itu, MBK meminta kerjasama daripada orang ramai, khususnya warga bandar raya Kuantan supaya dapat memberikan kerjasama kepada unit berkenaan,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker