Polis cari suspek kes samun

Bagan Datuk: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terbabit kes samun di Jalan Pasar, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek dikesan bagi membantu siasatan kes samun tanpa senjata membabitkan seorang wanita pada 10.15 malam.

Menurutnya, kejadian berlaku di hadapan rumah mangsa yang ketika itu berada di atas motosikal selepas pulang dari kedai.

“Suspek yang menunggang motosikal berpura-pura bertanya mengenai inap desa untuk disewa di kawasan rumah wanita itu sebelum merampas beg mangsa dalam raga motosikalnya dan melarikan diri.

“Wanita itu mengalami kerugian kira-kira RM800 membabitkan kehilangan sebuah telefon bimbit dan wang tunai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh memaklumkan kepada polis dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Raden Mohd Azlan Raden Perhan di talian 013-8454541 atau balai polis berhampiran.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker