PRU15 wajar dipercepat elak ekonomi terus merudum

Ekonomi yang terus merudum sebenarnya boleh distabilkan dengan mengadakan PRU15 secepatnya bagi mengembalikan keyakinan semua pihak.

Pasaran saham Malaysia berada dalam keadaan yang agak membimbangkan berikutan penguncupannya pada pasca Covid19.

Lihat sahaja pada laporan harian Bursa Malaysia yang menunjukkan trend menurun. Adakah ini petunjuk ekonomi Malaysia dalam keadaan baik?

Jawapan mudah ialah kestabilan politik Malaysia tergugat ekoran pertukaran kerajaan yang berlaku sebanyak 3 kali dalam tempoh 4 tahun.



Kestabilan politik Malaysia masih terjejas. Pembentukan Kerajaan Keluarga Malaysia bukanlah jaminan sebuah kerajaan yang stabil dan diyakini pelabur luar untuk membawa pelaburan mereka masuk.

Dengan dakwaan blok ahli parlimen kerajaan terbesar iaitu PN masih mahu tumbangkan PM Ismail, bagaimana pelabur mahu yakin dengan Kerajaan Keluarga Malaysia? 

Indeks Saham Bursa Malaysia

Shafie Apdal telah mendedahkan perkara tersebut, namun dinafikan oleh Muhyiddin,tetapi sehingga hari ini beliau tidak berani mengambil tindakan terhadap Shafie.

MoU antara Kerajaan Keluarga Malaysia dan Pakatan Harapan akan berakhir pada 31 Julai 2022.



Harus diingat, PH adalah pihak yang mengagalkan usul SOSMA bersama segelintir pemimpin PH yang tidak hadir di Parlimen ketika pengundian dilakukan.

Laporan The Star

RUU Akta Anti Lompat Parti pula hanya akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Julai selepas gagal diusulkan pada sidang sebelum ini.

Dipercayai ada kalangan ahli Parlimen enggan mengundi untuk RUU tersebut kerana rasa tergugat dengan syarat-syarat yang terkandung dalam RUU tersebut.

Shafie dan Muhyiddin, betul atau bohong?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker