Zinedine Zidane pilihan PSG

Paris: Paris Saint-Germain semakin hampir mengesahkan pemecatan jurulatih Mauricio Pochettino, menurut laporan media Perancis lawat malam tadi.

L’Equipe dan Le Parisien melaporkan pertemuan sudah diadakan antara peguam Pochettino dan kelab untuk mencapai persetujuan yang akan menyaksikan bekas pemain Argentina itu meninggalkan ibu kota Perancis.

Pochettino dilantik pada Januari tahun lalu dan mengetuai kelab itu merangkul kejuaraan Ligue 1 pada musim yang baru berakhir, mempunyai baki 12 bulan lagi dalam kontraknya.

Le Parisien berkata bahawa “persetujuan penamatan kontrak sudah dicapai dan hanya terdapat beberapa perkara yang masih perlu dimuktamadkan.”

Difahamkan bahawa pemecatan Pochettino akan menelan belanja antara 15 dan 20 juta euro (RM69.18 dan 92.24 juta) sebagai bayaran pemecatan kepada beliau kakitangannya.

PSG turut menamatkan khidmat pengarah sukan dari Brazil, Leonardo dan menggantikan tempatnya dengan Luis Campos yang akan memegang jawatan sebagai penasihat bola sepak.

Zinedine Zidane dikaitkan untuk menggantikan Pochettino di Parc des Princes dengan jurulatih Nice, Christophe Galtier dianggap sebagai pesaingnya.

METRO

Leave a Reply