Dani Alves mengumumkan dia akan tinggalkan Barcelona

MADRID: Dani Alves mengumumkan hari ini bahawa dia akan meninggalkan Barcelona buat kali kedua selepas kembali ke kelab itu tahun lalu.

Pemain berusia 39 tahun itu yang kembali menyertai Barca November lalu menerusi perjanjian jangka pendek hingga penamat musim, mengesahkan bahawa dia tidak akan menyambung kontrak.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua staf kerana peluang yang mereka berikan buat saya kembali ke kelab ini dan boleh memakai kembali jersi yang menakjubkan ini, anda tidak tahu betapa gembiranya saya,” kata pemain antarabangsa Brazil itu menerusi Instagram.

Alves membuat 408 penampilan bersama Barcelona, 391 daripadanya sepanjang 2008 hingga 2016.

Dalam tempoh berkenaan dia menang enam gelaran La Liga, tiga Liga Juara-Juara dan empat trofi Copa del Rey.

Alves masih boleh disenaraikan dalam skuad Brazil untuk Piala Dunia Qatar tahun ini dan dia memulakan permainan dalam aksi persahabatan dimenangi pasukannya menentang Jepun dan Korea Selatan awal bulan ini.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker