Kelulusan 100% di 31 sekolah Kelantan termasuk SABK

Kota Bharu: Sebanyak 31 sekolah di negeri ini, termasuk 10 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) mencapai kelulusan 100 peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) terbaik iaitu 1.95 dan 50 sekolah lain turut menunjukkan GPS mengatasi Gred Purata Negeri (GPN).

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Mohamad Ab Wahab berkata, daripada 27,374 calon yang mendaftar, 26,547 menduduki peperiksaan.

“GPN tahun 2021 untuk Kelantan ialah 5.10 dan sebanyak 56 mata pelajaran diambil oleh calon. Daripada jumlah itu, 28 mata pelajaran yang ditawarkan mencapai kelulusan 100 peratus.



“Seramai enam calon mendapat A+ untuk semua mata pelajaran serta 213 sekurang-kurangnya A- dan jumlah ini mewakili 1.09 peratus keseluruhan calon sekolah kerajaan pada 2021,” katanya dalam majlis pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2021 di JPN Tunjong, di sini, hari ini.

Beliau berkata, dengan merujuk kepada kelulusan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah, peratus calon yang layak mendapat sijil peringkat negeri ialah 88.72 peratus iaitu seramai 17,855 calon.

Menurutnya lagi, terdapat dua sekolah yang mencapai kelulusan 100 peratus bagi semua mata pelajaran iaitu SMU(A) Tarbiah Islamiah, Tanah Merah dan Kolej Vokasional Kota Bharu manakala 11 lagi mencapai kelulusan 85 peratus ke atas.

“Empat daripada enam calon Orang Asli juga lulus peperiksaan dan layak menerima sijil SPM,” katanya.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker