Polis Ipoh minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang

IPOH : Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dari Taman Rishah, di sini, yang dilaporkan hilang.
Remaja tersebut dikenali sebagai S Madhumitra yang beralamat di No 89, Laluan Buntong Jaya 8, Buntong 3 Tambahan, Taman Rishah.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh hari ini, kali terakhir Madhumitra dilihat ialah pada 25 Mei lalu.
Mereka yang menjumpai atau mempunyai sebarang maklumat mengenai individu ini boleh melaporkannya kepada polis.
Maklumat boleh disalurkan dengan berhubung terus kepada Penolong Pegawai Penyiasat Sjn Aslina Mat Ali di talian 05-2451628 atau menerusi IPD Ipoh di talian 05-2451500, atau mana-mana balai polis berdekatan.
astroawani

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker