Tiket Masters Malaysia 2022 mula dijual

KUALA LUMPUR: Peminat badminton tempatan boleh mula membeli tiket Kejohanan Masters Malaysia bermula jam 2 petang.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan, berkata tiket yang bermula dari harga RM20 hingga RM460 itu boleh dibeli secara dalam talian di https://my.bookmyshow.com.

Masters Malaysia akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil bermula 5 hingga 10 Julai depan dan bakal menyaksikan kehadiran barisan pemain terbaik dunia menyertainya.

“Memandangkan sambutan yang menggalakkan untuk tiket bagi Terbuka Malaysia, kami menjangkakan sambutan yang sama daripada peminat untuk Masters Malaysia. Saya percaya momentum daripada Terbuka Malaysia akan diteruskan ke Masters Malaysia,” kata Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh.

Saingan Masters Malaysia yang bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 500 menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah AS$360,000 (RM1.6 juta).

Ketika edisi terakhir penganjurannya pada 2020, bintang sensasi Jepun, Kento Momota muncul juara perseorangan lelaki manakala Chen Yufei dari China memenangi gelaran perseorangan wanita.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker