Ratu cantik Rusia berdepan hukuman penjara 20 tahun

Moscow: Ratu cantik Rusia dan finalis Miss Dubai, Kristina Dukhina bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun selepas polis menemui lebih setengah kilogram (kg) dadah jenis mephedrone di apartmennya.

Dukhina, 34, ditahan dalam serbuan polis yang dilakukan di apartmen mewah didiaminya di kawasan elit di Moscow.

Penguat kuasa undang-undang tempatan mengatakan pemilik agensi model itu ditangkap kerana disyaki cuba mengedar dadah.



“Dukhina dikatakan ditangkap dan ditahan oleh pegawai polis dengan Dukhina berpotensi menghadapi hukuman 20 tahun penjara di bawah Kanun Jenayah Persekutuan Rusia,” lapor Daily Star.

Selebriti glamor itu pernah menjadi naib juara dalam pertandingan Miss Dubai 2019 dan juga pemenang Grand Prix Miss Federation serta memenangi hadiah utama dalam satu pertandingan ratu cantik Rusia pada 2020.

Dia juga mempunyai agensi peragaannya sendiri iaitu Black Sea Models.

Ibu kepada dua anak terbabit kini dalam siasatan berhubung penyediaan dadah secara haram untuk dijual.



Ia menyaksikan ratu cantik itu berpotensi dihukum penjara selama dua dekad.

Dia sudah pun ‘meninggalkan’ media sosial, namun sebelum itu, sempat memberikan nota ringkas kepada peminatnya.

Mengimbau kembali, bercakap sejurus sebelum menjadi naib juara pertandingan Miss Dubai, Dukhina berkata, dia sentiasa yakin dengan diri dan kecantikannya.

Selain itu, dia juga mahu menunjukkan teladan bahawa tiada impian apa yang mustahil untuk dicapai.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button