Liverpool akhirnya lepaskan Mane

LONDON: Liverpool dan Bayern Munich dilaporkan sudah besetuju dengan yuran perpindahan Sadio Mane.

Dua tawaran kelab Bundesliga itu untuk mendapatkan bintang Senegalese sebelum ini ditolak.

Namun selepas pengurusan tertinggi Bayern terbang ke United Kingdom untuk mengadakan perbincangan dengan bos Anfield hari ini, perjanjian dikatakan sudah dicapai.

Mereka dikatakan bersetuju dengan yuran sekitar £35 juta (RM188.36 juta) menurut The Times.



Liverpool akan menerima secara terus £27.5 juta (RM148 juta) buat Mane.

Skuad Reds kemudiannya berpotensi menerima £5 juta (RM26.91 juta) lagi dalam bentuk bayaran tambahan selain £2.6 juta (RM13.99 juta) berdasarkan persembahan.

Pemain itu dijangka menjalani ujian perubatan minggu depan menjelang perpindahan ke kelab juara Jerman itu.

Legenda Liverpool, Jamie Carragher segera mengucapkan terima kasih atas sumbangan Mane yang menjaringkan 120 gol dalam 269 perlawanan buat kelab itu.



Dia menulis di Twitter: “Pemain kesukaan saya @LFC pada era ini, Sadio Mane akhirnya meninggalkan kelab, penyelenggaraan rendah, persembahan tertinggi & tidak pernah cedera!

 

 

“Trofi & jaringan gol hebat, legenda sebenar Liverpool. Terima kasih Sadio.”

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker