Fabio Quartararo tawan GP Jerman

Sachsenring: Penyandang juara dari Yamaha, Fabio Quartararo memenangi saingan Grand Prix (GP) Jerman bagi membolehkannya menguasai kedudukan keseluruhan kategori pelumba.

Kejayaan berkenaan hadir ketika pencabar terdekatnya Aleix Espargaro dari Aprilia hanya menduduki tempat keempat di Sachsenring.

Pelumba kelahiran Perancis itu yang bermula dari petak kedua, meluru laju apabila perlumbaan dimulakan tatkala pemenang petak utama, Francesco Bagnaia dari Ducati tergelincir di kedudukan kedua.

Kedua-dua mereka bersaing untuk memimpin perlumbaan pada tiga pusingan berikutnya sebelum Bagnaia terbabit dalam kemalangan sekali gus membuka ruang buat Quartararo meraih kemenangan.



Rakan senegara Quartararo, Johann Zarco dari Pramac Racing cuba memberi saingan bagi mencabar kedudukan pendahulu namun hanya berpuas hati di tempat kedua, manakala pelumba Ducati, Jack Miller mengambil kesempatan di atas kesilapan Espargaro untuk menduduki tempat ketiga.

“Saya sangat letih, saya kurang sihat hampir sepanjang hujung minggu ini dan mengalami batuk ketika berlumba. Bagaimanapun saya sangat gembira,” kata Quartararo.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker