Kesesakan di Lembah Klang berterusan

Kuala Lumpur: Masalah kesesakan lalu-lintas di Lembah Klang terutama pada waktu puncak masih berterusan apabila kebanyakan lebuh raya serta jalan ke pusat bandar sesak, hari ini.

Berdasarkan pemerhatian, trafik perlahan di beberapa lebuh raya sejak jam 7 pagi tadi terutama di selatan menghala ke pusat bandar termasuk di Lebuhraya Utara-Selatan membabitkan laluan di Plaza Tol Sungai Besi.

Selain itu, trafik juga perlahan di Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) dari Sungai Ramal menghala ke pusat bandar dan Putrajaya.

Trafik juga perlahan di Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga) dari Batu 9 menuju ke Jalan Cheras dan selepas Persimpangan Telekom ke pusat bandar.

Menerusi Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), setakat jam 11 pagi tadi aliran trafik perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan dari Rawang ke Rawang Selatan dan Hospital Sungai Buloh ke Sungai Buloh.

Di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), trafik dilaporkan perlahan di Greenwood ke Plaza Tol Sentul Pasar, Plaza Tol Batu ke susur keluar Jalan Kuching dan ke Persimpangan Duta selain Setiawangsa ke susur keluar Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) arah Ampang.

Trafik juga dilaporkan perlahan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LPD) dari Puchong Utama ke Puchong Intan, Plaza Tol PJS ke FRH2, Kelana Jaya ke SS2 dan Penchala ke Damansara Utama.

Sementara itu, di Lebuhraya Besraya, trafik perlahan dari Balakong ke Seri Kembangan, Serdang Lama ke KTM Serdang, Seri Kembangan ke Plaza Tol Mines Utara, Salak Jaya ke pusat bandar, Pandan Indah ke PGRM, Pandan Jaya ke susur keluar MRR2.

Di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), trafik dilaporkan perlahan di Bandar Gamuda Cove ke Putra Heights, Seafield ke USJ dan sebelum masuk Plaza Tol Shah Alam ke susur keluar Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) arah Subang.

Trafik juga perlahan di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) di Bukit Rimau ke HICOM, susur keluar Persimpangan Kewajipan dari Seafield, Awan Kecil ke susur keluar Bukit Jalil, Sri Petaling ke MRR2, Kinrara ke susur keluar Persimpangan Sunway dan Plaza Tol Sunway ke Kewajipan.

Di NKVE pula, trafik perlahan di Setia Alam ke Shah Alam, Bukit Lanjan ke Damansara, sebelum keluar Plaza Tol Damansara ke Kayu Ara dan sebelum keluar Plaza Tol Jalan Duta ke pusat bandar.

Trafik juga perlahan di Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) di Pantai Dalam ke Bangsar serta Taman Desa ke Kuchai dan ke Pantai Dalam.

Di pusat bandar pula, trafik perlahan di Jalan Tun Razak, Jalan Cheras, Jalan Loke Yew, Jalan Sungai Besi dan Jalan Kuching sejak jam 8 pagi tadi.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker