Mbappe pertimbang tinggalkan Perancis

Paris: Kylian Mbappe berkata dia hampir meninggalkan pasukan kebangsaan Perancis selepas menerima penderaan perkauman berikutan terlepas sepakan penalti pada Euro 2020.

Juara dunia itu disingkirkan oleh Switzerland pada pusingan 16 terbaik Jun tahun lalu apabila sepakan penalti Mbappe diselamatkan oleh Yann Sommer semasa penentuan sepakan penalti.

Mbappe mendakwa presiden Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) mengabaikan isu perkauman selepas dia gagal menyempurnakan penalti pada Euro 2020.



Pemain berusia 23 tahun itu difitnah di media sosial oleh peminat yang berang malah dia kini mempertimbangkan untuk tidak lagi bersama pasukan kebangsaan akibat perkara itu.

Le Graet berkata: “Saya bertemu dengannya selepas Euro, dia merasakan Persekutuan tidak mempertahankannya selepas terlepas sepakan penalti dan kritikan di rangkaian media sosial.

“Kami bertemu selama lima minit di pejabat saya. Dia marah, dia tidak mahu bermain untuk pasukan Perancis lagi yang jelas dia tidak maksudkan.

“Anda tahu keadaannya, dia seorang pemenang, dia sangat kecewa, seperti kami semua. Dia sangat mesra media. Dia seorang lelaki yang hebat, lebih kolektif daripada yang orang fikirkan.”



Bagaimanapun, Mbappe di Twitter mengatakan ia adalah mengenai isu penderaan perkauman yang diterimanya dan bukan kerana dia tidak disokong selepas gagal menyempurnakan penalti.

Bintang Paris Saint-Germain itu menulis: “Ya akhirnya saya menjelaskan kepadanya (Le Graet) semua bahawa ia berkaitan dengan perkauman, dan BUKAN penalti.

“Tetapi dia menganggap bahawa tidak ada perkauman…”

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button