Khai Bahar makin rajin turun gim
Mahu kembalikan stamina dan bentuk tubuh menarik

Kata Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 29, dia kembali menjalani gaya hidup sihat dan menjaga kesihatan selepas mula merasai kesan pasca jangkitan Covid-19.
“Saya sebenarnya nak pulihkan stamina sahaja, itu sebab selalu pergi gim. Bila dah kena Covid-19 rasa nak nyanyi dah lain semput dan tak selesa.

“Jadi saya nak stamina macam dulu untuk persembahan,” katanya kepada mStar.
Khai berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu terbaharu iaitu Selagi Ku Ada bersama Nabila Razali di ibu kota, baru-baru ini.
Tambah Khai, sebagai penghibur dia juga mahu kelihatan menarik dan memiliki bentuk badan yang cantik.
“Kita nak hiburkan orang kena bagi elok. Bila kita buat persembahan orang nampak wow. Kita cuba perbaiki sikit-sikit.
“Setiap hari saya akan luangkan masa selama dua jam untuk gim dan saya selitkan masa senaman yang disarankan jurulatih perbadi saya.
“Saya cakap dekat dia saya nak stamina saya balik sebab sebelum ini saya kena Covid-19,” katanya lagi.

Dia turut memaklumkan segala usahanya tidak sia-sia apabila staminanya di atas pentas kembali seperti dahulu dan badannya juga kelihatan lebih menarik.
“Alhamdulillah dah tak macam dulu, ada perubahan. Pemakanan pun saya jaga cuma kadang-kadang cheat day juga. Tapi saya memang seorang yang jaga makan juga,” ujarnya.
Bercakap mengenai perancangan tahun ini, Khai memberitahu dia bakal muncul dengan lagu baharu bersama penyanyi Adira Suhaimi.
Khai Bahar makin rajin turun gim
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tersebar flyer berkenaan Penahanan Najib tidak sah di WTC
- Kembalikan semangat Umno mendepani ujian
- Azalina Akan Menentang Dr Noraini Untuk Jawatan Ketua Wanita UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said