Pelakon tumbuk, tendang ‘guard’ dibebas esok

Kuala Lumpur: Pelakon lelaki yang direman tiga hari semalam selepas menumbuk dan menendang pengawal keselamatan di kondominium di Segambut, akan dibebaskan dengan jaminan polis, esok.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) esok.

“Lelaki terbabit akan diberi jamin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul esok. Siasatan juga sudah lengkap,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, pelakon lelaki direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang pengawal keselamatan di kondominium di Segambut, di sini, kelmarin.



Suspek berusia pertengahan 30-an yang juga penghuni di kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang pengawal keselamatan dalam kejadian pada jam 8.30 malam, Khamis lalu.

Kejadian berlaku apabila suspek meminta rakannya membeli minyak masak.

Ketika rakan suspek hendak menghantar minyak masak kepadanya, pengawal keselamatan di kondominium berkenaan tidak membenarkan rakannya itu masuk.

Berlaku pertengkaran mulut di antara kawan suspek dan pengawal keselamatan di situ.



Suspek kemudian turun ke tempat kejadian dalam keadaan marah terus menumbuk dan menendang muka, dada dan perut mangsa.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker