Tiada kes kematian Covid-19

Putrajaya: Buat pertama kalinya Malaysia tidak merekodkan sebarang kes kematian akibat jangkitan Covid-19 sejak kira-kira 18 bulan lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, negara ini kali terakhir merekodkan sifar kes kematian pada 18 Disember 2020.

“Hari ini, buat pertama kali sejak 18 Disember 2020, Malaysia melaporkan 0 kematian akibat Covid-19.

“Peralihan berterusan kita kepada fasa endemik ditentu ukur dan dipacu oleh data. Sama-samalah kita berdoa agar ia terus membuahkan hasil,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Untuk rekod, Malaysia kali pertama mencatatkan kes kematian akibat Covid-19 ialah pada 17 Mac 2020 dan sehingga kini jumlah angka korban terus meningkat kepada 35,732 kes.

Daripada jumlah yang dilaporkan itu, sebanyak 7,579 kes adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) atau pesakit meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker