Bugatti Ronaldo langgar tembok

MAJORCA, Sepanyol: Kereta mewah milik Cristiano Ronaldo kemalangan di Majorca tetapi ia tidak dipandu pemain Portugal dan Manchester United itu.

Bugatti Veyron itu dilaporkan dipandu pengawal peribadinya yang merempuh tembok kediaman di Sa Coma, Bunyola, Palma de Majorca, di mana Ronaldo sedang bercuti bersama keluarganya.

Pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan dikatakan sudah menandatangani laporan kemalangan.



“Seorang pekerja Cristiano sedang memandu ketika itu dan bukan Cristiano. Dia tidak berada di tempat kejadian ketika pegawai tiba,” kata pihak polis.

Bugatti Veyron berkenaan adalah hadiah harijadi daripada pasangannya – yang diterbangkan dari Manchester untuk percutian itu.

Bugatti berkenaan antara sebahagian koleksi kereta mewah milik Ronaldo selain Aston Martin, Bentley dan Ferrari Monza.

Ronaldo turut memiliki Bugatti Centodieci – model edisi khas yang hanya dikeluarkan sebanyak 10 unit.



AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button