Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

London: Seorang guru wanita daripada sebuah sekolah menengah di United Kingdom (UK) digantung daripada jawatannya selepas membenarkan pelajar perempuan mengambil gambar tanpa baju untuk projek seni.

The Sun melaporkan, Emma Wright, 41, sebelum ini bertugas sebagai guru seni di Kolej Sains Huxlow di Northamptonshire pada 2017.

Wright bagaimanapun didakwa melakukan kesalahan membiarkan pelajarnya yang berusia 15 tahun mengambil gambar separa bogel diri mereka dan pelajar perempuan lain.

Dalam beberapa gambar, murid terbabit dikatakan hanya menggunakan botol alkohol dan tangan mereka untuk menutup payudara.



Dalam imej lain, kanak-kanak perempuan didakwa membuat isyarat lucah semasa merokok dan memakai uniform sekolah.

Salah satu gambar juga agak mengejutkan kerana kelihatan pelajar perempuan bergambar dengan tangan di dalam seluar dalam mereka dengan aksi tidak senonoh.

Wright dalam satu kenyataannya memaklumkan pelucutan jawatannya sebagai tidak adil.

“Saya seorang yang baik. Saya bukan orang yang mereka mahukan,” katanya.



Tambahnya, Peraturan Pengajaran Agensi yang daripada daftar mengajar selama dua tahun belum

mendapat pemahaman seni dalam pendidikan.

Wright pertama kali dilaporkan kepada Agensi Tatatertib Guru (TRA) selepas ketua reka bentuk sekolahnya menemui satu portfolio seni murid yang mengandungi gambar tidak senonoh.

Siasatan oleh agensi itu mendapati Wright mempunyai rekod bersih sepanjang mengajar di Kolej Sains Huxlow sejak 2004.

Bagaimanapun, mereka menganggap karya seni pelajar itu tidak sewajarnya dihasilkan.

“Walaupun panel berpuas hati terdapat risiko pengulangan yang rendah, ia tidak mendapati Wright memikirkan sepenuhnya implikasi perlindungan membenarkan murid mengambil gambar diri mereka sendiri atau orang lain dalam keadaan tidak berpakaian,” tulis agensi itu dalam laporan mereka.

Susulan kes itu, Wright dihalang daripada mengajar di mana-mana sekolah selama dua tahun.

Bagaimanapun, guru seni itu bertindak balas dan tidak mahu memasuki bilik darjah lagi mengatakan tindakannya dimanipulasi oleh TRA.

“Saya rasa ada ketidakadilan dalam kes ini cuma tidak akan merayu kerana enggan lagi mahu mengajar.

“Saya sudah menulis kepada Ahli Parlimen saya kesatuan dan pendidikan serta menteri berkenaan perkara ini,” katanya yang sudah bekerja di rumah jagaan.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker