Pakatan Harapan ambil alih Negara kelam-kabut

Hari ini , terdedah isu berkenaan siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dimana didapati ada saksi menyatakan nama nama orang yang dia terpaksa ‘hulur’ derma sebagai dana politik.

Namun, akibat keghairahan kerajaan Pakatan Harapan Pimpinan Tun Mahathir mahu menghancurkan jenama UMNO , maka hanya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sahaja yang dikenakan dakwaan menerima sogokan.

Dalam pada itu , saksi itu mewakili syarikat Ultra Kirana Sendirian Berhad dalam sesi soal jawab bersama peguam dakwa telah mendedahkan melalui buku ‘ledger’ yang ada bersama beliau , bahawa ada tersenarai enam (6) lagi nama penerima derma dana politik (rasuah , jika ikut terma yang dikena kan terhadap Datuk Ahmad Zahid Hamidi).

Maka, saksi berkenaan pun memberi bukti lengkap dengan tarikh pemberiannya sekali.

Dek kerana pendedahan ini, kecoh satu negara yang membangkitkan dan membicarakan isu ini.

Persoalan utama , kenapa nama nama ini tidak diseret dan di dakwa Ketika mendakwa Zahid? Tanya para netzien dan marhaen sekelian.

Kenapa hanya Presiden UMNO sahaja yang kena?

Nama mereka mereka yang lain kenapa diketepikan sahaja?

Ketika menyiasat dari satu sumber dan satu ‘trail’ tentu sudah pun tersenarai nama mereka atas sebab itu lah cara mereka menyiasat Zahid Hamidi.

Nama Ahmad Zahid juga diberi ‘coding’ dan gelaran namun kena dakwa juga, maka pasti sekali SPRM era Pakatan Harapan dipimpin oleh lantikan Politik Tun Mahathir , Latheefa Koya pasti sudah tahu nama nama lain dalam ‘coding’.

Kini, menjadi kecoh seluruh negara yang bertanya, kenapa yang lain tidak didakwa sama?

Maka , huru hara lah sistem dalam negara , termasuk sistem keadilan dengan ‘selective persecution’ dan ‘political presecution’ yang sangat jelas.

Sambil itu , kenapa jika derma di beri kepada pemimpn UMNO dan musuh PH ditakrif sebagai “rasuah’ namun jika diberi kepada ‘pro-PH” ia di takrif sebagai dana politik?

Ini lah dia akibat menyerah kuasa kepada mereka yang tidak pernah meratah kuasa.

Dan jika ada yang sudah berpengalaman pun, miliki niat yang tidak elok yang berpolitik 24 jam dan bukan menjaga rakyat.

Sebelum PU14 pun sibuk dengan isu skandal, selepas pru14 pun sibuk dengan cerita  skandal juga dan kebajikan rakyat diketepikan.

Sistem kadilan dan kehakiman diwaktu ini ada lah ‘at its lowest” dengan pihak tertentu berpihak kepada hakim rasuah.

Ia menjadi jelek dan mual kerana Ketika ‘ketidakadilan’ terjadi kepada pihak yang bukan ‘pro’ mereka , mereka in menghilangkan diri, namun bila puak mereka dipersoal kerana rasuah mereka mereka ini tiba tiba muncul pula.

Zeti Akhtar dan Mohd Nazlan masih belum didakwa lagi kerana terima rasuah, kenapa puak PH dan pro mereka tidak desak segera dibuka kes?

Memang benar jika terdapat kenyataan , negara mula menuju kehancuran sebaik sahaja kuasa di serah kepada yang bukan ahli nya sepei Pakatan Harapan.

Ini baru bab sistem kehakiman dan sisten perundangan , ia sudah melalut.

Ia belum lagi bab ekonomi dan penambahan hutang oleh kerajaan PH.

Jika kerajaan Barisan Nasional berhutang, aset negara masih ada dan PETRONAS tidak dijarah.

Tapi bila PH berkuasa, selain bertambah hutang baru, aset negara juga banyak terjual.

Hanya yang ada pada PH ada lah kisah skandal 1MDB yang mereka tipu dan kes kes yang mereka cipta untuk musuh sambil puak sendiri tidak didakwa seperti dalam topik ini.

my-news.online

Leave a Reply