Giggs letak jawatan sebagai pengurus Wales

London: Ryan Giggs mengumumkan meletakkan jawatan sebagai pengurus Wales ketika bekas pemain Manchester United itu menunggu perbicaraan atas tuduhan keganasan rumah tangga.

Giggs bercuti sejak November 2020 apabila dia ditahan pihak berkuasa.

Lelaki berusia 48 tahun itu dituduh mengawal dan melakukan kekasaran terhadap bekas tempat wanitanya Kate Greville antara Ogos 2017 dan November 2020.

Giggs dituduh menyerang Kate sehingga menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan pada badan dan melakukan serangan ke atas adik Kate, Emma Greville di rumahnya di kawasan Manchester pada November 2020.

Dia bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.

Perbicaraan Giggs ditangguhkan Ogos ini pada Januari lalu kerana tunggakan mahkamah.

Sejak itu, pembantunya Rob Page mengambil alih tugas dan membawa Wales melayakkan diri ke Piala Dunia yang pertama sejak 1958.

Keputusan Giggs itu bermakna Page akan mengendalikan perlawanan menentang Amerika Syarikat (AS), Iran dan England di Qatar pada November ini.

“Selepas mempertimbangkan dengan mendalam, saya mengambil keputusan untuk berundur dan meletakkan jawatan sebagai pengurus pasukan kebangsaan lelaki Wales berkuat kuasa serta-merta,” kata Giggs dalam satu kenyataan.

“Ia adalah satu penghormatan dan keistimewaan untuk saya menguruskan negara saya dan adalah wajar barisan FA Wales, kakitangan kejurulatihan dan pemain bersedia untuk kejohanan tanpa ada sebarang spekulasi mengenai kedudukan ketua jurulatih mereka.”

Giggs memenangi 13 gelaran Liga Perdana dan dua Liga Juara-Juara antara 25 gelaran utama sepanjang 24 tahun dia bersama United di peringkat kelab.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker