Kestabilan Politik Kunci Kejayaan Pahang – Wan Rosdy

Wan Rosdy
Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail
Menteri Besar Pahang

Kestabilan politik Pahang merupakan antara kunci kejayaan negeri tersebut berjaya menguruskan kewangan negeri menurut Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=5zVRRDyl0QM[/embedyt]

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Bantuan Hari Raya Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) di Dewan Sultan Ahmad Shah, Kuala Lipis semalam.

Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang
Penyampaian Bantuan Hari Raya PKPP Lipis

Menurut Wan Rosdy, Pahang dibawah Barisan Nasional mampu memberi pulangan dalam bentuk kewangan kepada rakyat bila semua pihak politik memberikan kerjasama terbaik.

Dalam Program PKPP tersebut sebanyak RM700 diberikan kepada setiap peserta di Kuala Lipis.



Menurut Menteri Besar Pahang, untuk peserta Kuala Lipis sahaja implikasi kewangan bernilai RM312,000.00 melibatkan seramai 446 orang.

Sebelum itu pada sebelah paginya, Wan Rosdy telah menyampaikan bantuan dadipada Yayasan Pahang kepada mereka yang layak di Tanah Rata, Cameron Highlands.

Menurut Wan Rosdy, semua bantuan samada daripada Kerajaan Negeri mahupun anak syarikat Negeri adalah mustahil dapat disalurkan sekiranya kewangan negeri tidak diuruskan dengan baik.

Bagi mencapai maksud tersebut, kestabilan politik sesebuah pentadbiran negeri perlu diletakkan sebagai keutamaan agar rakyat tidak turut terbeban sekiranya politik negeri kucar kacir.



Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang

Menteri Besar Pahang itu turut berkongsi khabar bila mengumumkan hutang kerajaan negeri telah berjaya diturunkan secara drastik menerusi urustadbir baik kewangan negeri.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=yqvPJjF1Bhs[/embedyt]

Wan Rosdy turut mengumumkan Bonus Aidilfitri kepada penjawat awam negeri sebanyak RM1,000 yang akan mula dibayar pada 7 Mei 2021 melibatkan 8,000 orang penjawat awam Negeri Pahang.

Pahang Jaga Kebajikan Rakyat – Wan Rosdy



 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button