Safee Sali berbisa di padang golf menang kereta

Kuala Lumpur: Penyerang Kuala Lumpur City FC Safee Sali bukan hanya hebat di atas padang namun turut berbakat beraksi sebagai pemain golf.

Hal ini kerana Safee berjaya membawa pulang sebuah kereta berjenama Mazda selepas melakukan hole-in-one di Kejohanan Golf Mazda Trophy 2022 di Glenmarie Kelab Golf & Desa (GGCC), semalam.

Bekas penyerang Harimau Malaya itu turut membawa pulang beberapa hadiah lain termasuklah vaucher bernilai RM2,000 yang disumbangkan oleh Glenmarie Golf & Country Club.

Sementara itu, kejayaan itu turut dikongsi Safee di laman Instagram miliknya apabila menyatakan kemenangan itu bagaikan rezeki terpijak apabila berjaya membawa pulang kereta.

“Apabila anda percaya bahawa Allah menyertai anda, maka tidak kira siapa yang menentang anda, percayalah kepada kekuasan Allah,” katanya.

Mengikut rekod, Safee dan rakan sepasukan KL City FC akan mulakan kempen Piala AFC pada 24 Jun kelak menentang pasukan PSM Makassar.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker